Thursday, January 15, 2009

Thursday, December 18, 2008

renungan



LIMA PERKARA YANG MESTI DISEGERAKAN Dari Hatim Al-Asom :
"Terburu-buru itu termasuk sifat syaitan, kecuali pada
lima tempat , maka ia termasuk sunnah Rasulullaah saw  1)
Memberi makan tetamu, bila ia datang berkunjung. 2)
Menyiapkan perkuburan mayat bila telah mati. 3) Mengahwinkan
anak perempuan, bila cukup umur. 4) Membayar hutang, bila
telah sampai masanya. 5) Bertaubat dari dosa, bila ia telah
melakukannya...









mukaddimah


SUKA DUKA

Malam..

Di mana bintang?
Aku silap kerana menjangka malam ini penuh dengan bintang. Aku gemar mencerap bintang biarpun tanpa teleskop. Bintang itu kerdip sinarnya ada banyak warna. Bintang itu, terlalu jauh untuk dihajati. Bintang aku ialah gugusan formasi kala jengking. Tidak kelihatan sama sekali. Entah ke mana pergi.. aku tak tahu. Yang pasti ia ada di situ. Cuma mata aku tidak berupaya mencerapnya. Sebenarnya bintang sentiasa ada sepanjang hari. Cuma pada siang hari cahaya matahari terlalu terang lantas menyebabkan cahaya bintang tidak kelihatan. Dia ibarat matahari. Dia sedang menerangi kau sekarang. Kekadang kau rasa panas, kekadang kau rasa rimas, tetapi dia adalah bintang paling terang di waktu siang. Dia tinggalkan kau kegelapan dan kesejukan di malam hari. Aku bintang. Bila kau sejuk dan sunyi… kau gelap dan sepi.. aku tampilkan diri aku untuk kau. Aku bukan bulan yang memantulkan semula cahaya matahari. Aku tak perlukan dia. Aku ada cahaya sendiri. Kau sudah lihat aku ketika kau rasa sunyi. Aku, menghiburkan kau pada waktu malam agar tidur kau nyenyak dan damai. Sehingga subuh maka bila dia, si matahari kembali, pasti aku akan hilang dari pandangan kau. Sedarkah kau aku sentiasa ada di balik awan itu. Di langit biru. Dan aku menyaksikan kau. Setia aku tunggu hingga matahari kembali terbenam. Kau akan saksikan aku di angkasa ini. Kau akan aku pastikan lena malam ini. Sekalipun siang tadi kau sudah perit dan jerih dibakar dek matahari. Andainya kau sedar, pasti kau akan tahu. Dan selepas kau tahu, kau akan faham. Aku cuba menjadi sebuah bintang yang paling terang dalam kegelapan kau. Terpulang. Jika suratan aku tidak akan jadi paling terang, maka aku sudah mencuba. Kau jadi saksinya. Dan janganlah aku dihukum kerana itu.

Fahamilah aku.